Roy Tanck's Flickr Widget requires Flash Player 9 or better.

Friday, August 15, 2008

Kematian itu biasanya berangkai.. (siri 3)


Baru dapat berita dari fauzan hushim tentang kematian sahabat kami Mohamad Azuwan Shamsuddin 2 jam yang lalu. Aku rasa menggigil seluruh tubuh. Aku baru jer bercakap dengan arwah 3 hari yang lepas dan kami bermesej kelmarin. Hari ini dapat berita sudah meninggal pagi tadi, jumaat 15 ogos 2008. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Alfatihah...

Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak. Beliau dikatakan mendapat penyakit barah. Namun doktor masih lagi sangsi tentang penyakit tersebut kerana sukar untuk membuktikan kesahihan barah. Ini aku dapat hasil perbualan aku dengan dia. kini beliau telah pergi menghadap Ilahi.

Sejam yang lalu, aku menyuap waseem makan nasi. Menitik air mata kesedihan mengenangkan anak-anak allahyarham yang bakal membesar tanpa bapa di sisi. Bagaimanakah keadaannya itu yang perlu ditempuhi.. Ya Allah kuatkanlah hati keluarga mereka dan tabahkanlah semoga Engkau menggantikan dengan yang lebih baik..amin!

Buat bekas warga Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu @ IQT khususnya generasi kesebelas, sama-samalah kita mendoakan semoga beliau ditempatkan di dalam golongan muqarrabin.. amin!

3 comments:

Hajjah said...

Innalillah ...
sesungguhnya janji Allah itu maha benar. mana mungkin kita hamba Nya bisa menafikan? salam takziah buat keluarga allahyarham. dan utk hj & teman2 yang pernah 'berkampung' dengannya, bersabarlah. banyakkan berdoa kehadrat Nya. insya allah.
regards
hajjah

Linda said...

Salam..Inalillah, Al fatihah buat kwn kamitaken..semuga waseem shat slalu..ayah&ibu waseem jg lah diri bebaik smuga dgn izin Allah dpt lihat waseem berjaya satu hari nanti :)

::lama tk snggah di FP..sekali singgah tgk rupenye dh 'berpindah' ke blog

bebaskan said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..
Lepas seorang demi seorang pula yang pergi..


ShoutMix chat widget